suria

PBS Buat Perubahan Mengejut, Senarai Dua Calon Baru

Joniston Bangkuai
Joniston Bangkuai
Joniston Bangkuai

KOTA KINABALU: Seorang wartawan dan seorang ahli perniagaan antara muka baru yang dicalonkan di dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam perubahan mengejut senarai calon Parti Bersatu Sabah (PBS).

Presiden Persatuan Wartawan Sabah, Datuk Joniston Bangkuai, 51, akan bertanding di kerusi DUN Kiulu menggantikan penyandang Datuk Louis Rampas.

Joseph Paulus Latip pula dipertaruhkan di kerusi Inanam menggantikan Datuk Johnny Goh.

Ketika dihubungi Bangkuai mengesahkan beliau ada bertemu dengan Presiden PBS, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan yang memaklumkan mengenai perubahan itu pada pukul 10 pagi Khamis.

Latip merupakan bendahari Persatuan Kebudayaan Kadazandusun (KDCA).

Pairin pada Selasa mengumumkan Goh dan Louis dikekalkan sebagai calon pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Artikel Berikut

Artikel Lain