suria

Md Rawi Mahmud Diumum Calon BN DUN Tanjung Bidara Yang Baru

Calon Barisan Nasional (BN) bagi Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N2 Tanjung Bidara, Md Rawi Mahmud (dua, kiri) menerima watikah calon daripada wakil Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Melaka Datuk Saadun Basiron selaku Setiausaha Politik Ketua Menteri Melaka di ibu Pejabat Umno di Kuala Lumpur pada Rabu. Turut disaksikan ialah Setiausaha Kerja Umno, Datuk Abd Rauf Yusoh (tengah). Md Rawi, 60, menggantikan Datuk Ab Karim Sulaiman yang menarik diri atas faktor kesihatan. -Foto BERNAMA
Calon Barisan Nasional (BN) bagi Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N2 Tanjung Bidara, Md Rawi Mahmud (dua, kiri) menerima watikah calon daripada wakil Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Melaka Datuk Saadun Basiron selaku Setiausaha Politik Ketua Menteri Melaka di ibu Pejabat Umno di Kuala Lumpur pada Rabu. Turut disaksikan ialah Setiausaha Kerja Umno, Datuk Abd Rauf Yusoh (tengah). Md Rawi, 60, menggantikan Datuk Ab Karim Sulaiman yang menarik diri atas faktor kesihatan.
-Foto BERNAMA
Calon Barisan Nasional (BN) bagi Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N2 Tanjung Bidara, Md Rawi Mahmud (dua, kiri) menerima watikah calon daripada wakil Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Melaka Datuk Saadun Basiron selaku Setiausaha Politik Ketua Menteri Melaka di ibu Pejabat Umno di Kuala Lumpur pada Rabu. Turut disaksikan ialah Setiausaha Kerja Umno, Datuk Abd Rauf Yusoh (tengah). Md Rawi, 60, menggantikan Datuk Ab Karim Sulaiman yang menarik diri atas faktor kesihatan. -Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Md Rawi Mahmud dipilih sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Bidara, Melaka.

Beliau menggantikan Datuk Kapt (B) Abdul Karim Sulaiman yang sebelum ini diumumkan sebagai calon BN untuk mempertahankan kerusi tersebut.

Abdul Karim, 65, yang merupakan Exco Kerajaan Negeri Melaka dan penyandang kerusi itu untuk dua penggal, telah menarik diri atas faktor kesihatan.

Md Rawi, 60, menerima watikah pencalonannya daripada wakil Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Melaka, Datuk Saadun Basiron, yang juga Setiausaha Politik Ketua Menteri Melaka di Ibu Pejabat Umno di sini hari ini. Majlis itu turut disaksikan oleh Setiausaha Kerja Umno Datuk Ab Rauf Yusoh.

"Saya amat terkejut dengan pemilihan ini dan menerima tanggungjawab untuk teruskan kelangsungan BN dalam mentadbir negara dengan setinggi-tinggi penghargaan kepada Datuk Seri Mohd Najib selaku Pengerusi BN, Datuk Seri Mohd Ali Rustam Ketua Menteri Melaka dan juga kepada Datuk Wira Abu Seman Yusop iaitu Ketua Umno Bahagian Masjid Tanah atas kepercayaan memilih saya sebagai calon," katanya selepas majlis itu.

Md Rawi adalah anggota jawatankuasa Umno Bahagian Masjid Tanah dan juga Ketua Umno Cawangan Kampung Hujung Padang, dan telah menyertai Umno sejak awal 1980-an.

Beliau yang merupakan pesara guru berjanji untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat dan meneruskan segala usaha dalam membantu masyarakat setempat sekiranya terpilih kelak. -BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain