suria

'Masalah Teknikal' Punca Nama Calon DUN Guchil, Paloh Tidak Diumum Lagi

MACHANG: 'Masalah teknikal' dikatakan sebagai punca dua nama calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Guchil (Kuala Krai) dan Paloh (Gua Musang) yang diperuntukkan kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak diumumkan lagi.

Bagaimanapun, Timbalan Pesuruhjaya III PAS Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, calon bagi kedua-dua DUN itu sudah pun dinamakan.

"Dua nama tu dah ada tetapi ada masalah teknikal. Jadi, mereka (Parti Keadilan Rakyat) minta untuk tidak diumumkan lagi.

"Ia ditangguhkan pengisytiharan. Dua-dua (kerusi) untuk Keadilan (PKR)," katanya kepada pemberita di sini, lewat malam Rabu.

Beliau berkata demikian selepas majlis pengumuman calon PAS dan PKR di Kelantan untuk kerusi DUN dan Parlimen yang akan bertanding pada PRU-13 di sini.

Ditanya mengenai bilakah dua nama calon itu akan diumumkan, beliau berkata: "Itu kena tanya dengan Keadilan."

Difahamkan, penangguhan kedua-dua kerusi itu mempunyai kaitan dengan isu peruntukan kerusi DUN untuk PKR di negeri itu.

Jika diumumkan dua nama calon itu kelak, mereka bakal berhadapan dengan wakil BN, Datuk Nik Sapeia Nik Yusof (DUN Guchil) dan Nozula Mat Diah (DUN Paloh) pada PRU-13.

Artikel Berikut

Artikel Lain