Manifesto BN W. Persekutuan Garis Empat Teras Bertema 'Janji Dikota' - Semasa | mStar

Manifesto BN W. Persekutuan Garis Empat Teras Bertema 'Janji Dikota'

KUALA LUMPUR: Manifesto Barisan Nasional (BN) Wilayah Persekutuan bertema 'Janji Dikota' dilancarkan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang juga Pengerusi BN Wilayah Persekutuan malam Khamis, yang menggariskan empat teras menyasar segmen luas dan berbeza dari segi pendapatan, keperluan dan kehendak warga kota.

Manifesto itu akan memastikan tiada keperluan warga kota yang tertinggal dalam arus mengejar pembangunan menuju Wawasan 2020.

Teras pertama ialah Kesejahteraan Warga Kota dan Majlis Perwakilan Kesejahteraan Bandar akan dilancar sebagai permulaan di Putrajaya dan seterusnya dilaksana di seluruh Kuala Lumpur.

Teras kedua ialah Objektif Pembangunan Yang Mampan, termasuk merancang dan menerajui Pembangunan Kampung Baru menjadi kawasan warisan yang moden serta berdaya maju selaras dengan kehendak pemilik dan pewaris.

Tiada Warga Kota Yang Tertinggal merupakan teras ketiga manifesto B Nmelalui keutamaan rumah kos rendah kepada pesara askar atau polis, meneruskan dan meluaskan program sumbangan tunai kepada warga emas serta menambah pemberian dana kepada persatuan belia di Wilayah Persekutuan. Teras terakhir ialah Anjakan Ekonomi Warga Kota dengan menjana 600,000 pekerjaan oleh inisiatif Greater KL dan menyediakan sekurang-kurangnya 2,000 peluang penjaja tetap dan 10,000 peluang penjaja sementara.

Berikut ialah kandungan penuh Manifesto BN Wilayah Persekutuan.

Kesejahteraan Warga Kota:

* Menjadikan Wilayah Persekutuan antara 20 bandar raya utama dunia yang paling sesuai dihuni menjelang 2020.

* Meningkatkan khidmat kutipan dan pemprosesan sisa pepejal.

* Lebih 35,000 pokok setahun ditanam untuk Penghijauan Bandaraya sejak tahun 2010 dan angka ini akan ditambah dalam tempoh lima tahun akan datang.

* Sebanyak RM7 juta dana permulaan bagi Skim Keselamatan 1Wilayah Persekutuan bagi membantu penduduk warga kota memerangi jenayah.

* Memastikan parkir khas untuk wanita diperbanyak di sekitar ibu kota, tujuh peratus dari jumlah parkir di semua bangunan komersil di ibu kota.

* Meneruskan usaha mengurangkan kadar denggi dan 59.7 peratus berjaya dikurang pada 2011.

* Melancarkan Majlis Perwakilan Kesejahteraan Bandar sebagai permulaan di Putrajaya, dan seterusnya akan dilaksana di seluruh Kuala Lumpur.

* Menyeragam kadar parkir bagi mengelak bayaran terlalu mahal untuk warga kota.

* Menambah klinik 1Malaysia, Kedai Rakyat 1Malaysia, Pusat Transformasi Bandar (UTC) dan Perpustakaan 1Malaysia di sekitar Wilayah Persekutuan. -BERNAMA

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

Artikel Lain

Meghan Markle hamil anak ke-2?