suria

Kastam Rampas 84 Kg Dadah Bernilai RM3.3 Juta

Ketua Pengarah Kastam Datuk Seri Khazali Ahmad (dua dari kanan) menunjukkan sebahagian dari bungkusan yang mengandungi dadah jenis ketamin ketika sidang akhbar mengenai rampasan dadah itu di adakan di Pejabat Cawangan Narkotik Ibu Pejabat (KDRM) di Kampung Jijan dekat Nilai pada Khamis -Foto BERNAMA

NILAI: Kastam Diraja Malaysia (KDRM) merampas 84 kilogram dadah dipercayai jenis ketamin bernilai RM3.36 juta yang cuba diseludup ke negara ini menggunakan sebuah kontena yang diikrarkan mengandungi ubi kentang di Pelabuhan Barat, Pelabuhan Klang, Selangor, Selasa lalu.

Ketua Pengarahnya Datuk Seri Khazali Ahmad berkata kontena yang tiba dari Pelabuhan Kolkata, India beberapa hari sebelum itu, mengandungi 280 guni ubi kentang dengan sembilan daripadanya berisi dadah tersebut.

"Kontena itu telah diikrarkan mengandungi ubi kentang berjumlah 280 guni yang diimport oleh sebuah syarikat pengimport tempatan.

Artikel Berikut

Artikel Lain