suria

Dr Chua Beri Penjelasan Mengenai Pinjaman Kerusi Kepada Parti Komponen

Dari kiri: Ketua Pengarang Kumpulan The Star, Datuk Seri Wong Chun Wai, Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek, Pengurus Kanan Perkhidmatan Korporat Chan Shiang Chiat, Timbalan Pengerusi Eksekutif Star Publications Datuk Vincent Lee dan Pengarah Operasi Roshan Thiran pada majlis Pengumuman The Star Accelerator Fund di Menara Star, Rabu. - Foto NORAFIFI EHSAN/TheStar

PETALING JAYA: Tindakan MCA meminjamkan beberapa kerusinya kepada parti komponen Barisan Nasional (BN) adalah sebahagian daripada strategi 'berfikir di luar kotak' untuk memastikan parti itu memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata, beliau memahami kekecewaan pemimpin parti itu tetapi mereka harus fokus dalam menjamin kemenangan BN.

"Pinjaman kerusi tidak bermaksud kita menyerahkan saja kepada mereka. Ia merupkan strategi 'berfikir di luar kotak' bagi memastikan kemenangan BN," katanya selepas merasmikan The Star's Accelerator Fund pada Rabu.

Beliau berkata MCA akan mendapatkan kembali yang dipinjamkan itu bersama-sama dengan kerusi tambahan sebaik saja perangkaan sempadan mula dijalankan.

Dr Chua menegaskan matlamat utama adalah untuk memenangi pilihan raya umum 5 Mei ini.

"Apabila kita melihat angka dan yakin bahawa parti komponen akan memenangi perang ini, jadi mereka harus beri laluan," katanya.

Beliau berkata, mereka yang tidak terpilih untuk bertanding harus menerima bahawa terdapat kerusi yang terhad dan keperluan untuk memberi nafas baru.

"Calon-calon tidak dipilihkan berdasarkan puak," tegasnya.

Mengulas mengenai mengapa Datuk Seri Ong Tee Keat tidak dipilih untuk mempertahankan kerusi Parlimen Pandan, Dr Chua berkata, Ong sering kali menyatakan rasa kurang yakin di dalam parti.

"Beliau berulang kali kata MCA tidak relevan dan beliau tidak mahu mewakili MCA. Maka, jika anda enggan mewakili parti, anda tidak patut bertanding," katanya.

Artikel Berikut

Artikel Lain