suria

DAP Umum Tanding Dua Kerusi Parlimen, 11 Kerusi DUN di N. Sembilan

Calon DAP Negeri Sembilan yang diketuai oleh Pengerusi DAP negeri Loke Siew Fook (tujuh dari kir) mengangkat tangan di majlis mengumumkan calon-calon DAP yang akan bertanding di Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan di Seremban, malam Khamis. .-Foto BERNAMA

SEREMBAN: DAP Negeri Sembilan malam Khamis mengumumkan senarai calon parti itu yang bakal bertanding di dua kerusi Parlimen serta 11 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), tanpa kehadiran pemimpin sekutunya, PAS dan PKR.

Senarai calon itu diumum Pengerusi DAP negeri Loke Siew Fook pada satu majlis di sebuah restoran di sini.

Pada majlis itu, Loke yang juga penyandang kerusi Parlimen Rasah menamakan dirinya sebagai calon di Parlimen Seremban dan DUN Chennah.

Tempat beliau diganti Ketua Pemuda DAP Teo Kok Seong.

Pada majlis itu, semua calon DAP melafaz ikrar dan menandatangani surat akuan bersumpah untuk taat setia kepada parti dan tidak 'melompat parti' atau keluar parti jika menang dalam PRU ini, yang akan dimeterai Pesuruhjaya Sumpah esok.

Berikut adalah senarai penuh calon DAP di negeri ini. PARLIMEN:

1. P128 Seremban - Loke Siew Fook

2. P130 Rasah - Teo Kok Seong

DUN:

1. N1 Chennah - Loke Siew Fook

2. N8 Bahau - Chew Seh Yong

3. N10 Nilai - Arul Kumar

4. N11 Lobak - Siow Kim Leong

5. N12 Temiang - Ng Chin Tsai

6. N21 Bukit Kepayang - Cha Kee Chin

7. N22 Rahang - Mary Josephine

8. N23 Mambau - Yap Yew Weng

9. N24 Senawang - P. Gunasekaran

10. N30 Lukut - Ean Yong Tin Sin

11. N36 Repah - S. Veerapan -BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain