suria

DAP Kedah Gagal Selesai Isu Calon

ALOR SETAR: Berbaki dua hari sebelum hari penamaan calon Sabtu ini, DAP Kedah masih gagal memuktamadkan senarai calon mereka yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.

Malah tiada wakil DAP Kedah hadir pada majlis pengumuman rasmi calon Pakatan Rakyat di Dewan Datuk Fadzil Mohd Noor di sini, Rabu malam.

Pada majlis itu, PAS mengumumkan akan bertanding di 24 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) sementara Parti Keadilan Rakyat (PKR) menamakan 10 calon mereka.

Berdasarkan baki kerusi DUN yang tidak diumumkan, DAP sepatutnya akan bertanding di dua kerusi iaitu Derga dan Kota Darul Aman.

Sebelum ini DAP menyatakan hasrat untuk turut bertanding di dua lagi kerusi tambahan iaitu DUN Bakar Bata dan Bakar Arang.

Bagaimanapun PKR sudah menamakan calon mereka bagi kedua-dua kerusi tersebut.

Selain menuntut dua kerusi DUN itu, DAP turut mengintai satu lagi kerusi PKR iaitu Parlimen Alor Setar.

Pengerusi DAP Kedah, Lee Guan Aik dilaporkan berkata tidak menolak kemungkinan untuk tetap meletakkan calon mereka walaupun terpaksa menyaksikan saingan tiga penjuru menentang Barisan Nasional (BN) jika permintaan mereka ditolak.

Artikel Berikut

Artikel Lain