DAP Akan Tanding Guna Simbol PKR, PAS Jika ROS Tidak Batalkan Surat Tidak Mengiktiraf CEC - Semasa | mStar

DAP Akan Tanding Guna Simbol PKR, PAS Jika ROS Tidak Batalkan Surat Tidak Mengiktiraf CEC

GEORGE TOWN: Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng pada Khamis mendakwa menerima surat daripada Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) bertarikh 17 April, melalui faksimili hari ini, menyatakan DAP tidak berkuasa mengeluarkan surat watikah pelantikan kepada mana-mana calon parti menggunakan simbol parti iaitu roket pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

Menurutnya, ini susulan keputusan ROS yang tidak memberi pengiktirafan kepada pemegang-pemegang jawatan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) parti DAP.

Sehubungan itu, Lim berkata DAP bercadang menggunakan simbol PAS di Semenanjung dan simbol Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Sabah dan Sarawak pada PRU-13.

Lim sebelum itu mengadakan mesyuarat bersama Setiausaha Agung PAS Mustafa Ali dan Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail, yang menurut pemimpin DAP itu mendapat persetujuan pemimpin parti masing-masing berhubung penggunaan simbol PAS dan PKR.

Beliau turut berkata sepucuk surat yang diterima semalam menyatakan ROS telah bersetuju menangguhkan penyiasatan berhubung pemilihan jawatan CEC.

Dalam surat itu, kata Lim, ROS telah bersetuju bahawa penyiasatan tersebut yang sepatutnya dijalankan hari ini, ditangguh ke 9 Mei.

Terdahulu, Pengarah ROS, Datuk Abdul Rahman Othman dalam satu kenyataan yang dikeluarkan mengesahkan DAP boleh menggunakan simbol Roket pada pilihan raya umum kali ini walaupun siasatan berhubung keputusan pemilihan CEC parti itu sedang dijalankan.

Bagaimanapun, kenyataan itu menyebut Pendaftar Pertubuhan tidak memberi pengiktirafan kepada pemegang-pemegang jawatan DAP yang dibentuk semasa pemilihan parti itu pada 15 Disember 2012, mengikut Seksyen 3A Akta Pertubuhan 1966.

"Bagaimanapun, pendaftaran DAP tidak terbatal dan ia masih boleh menggunakan simbolnya semasa PRU13," kata Abdul Rahman.

Beliau turut berkata siasatan berhubung pemilihan parti itu akan diteruskan.

Kemelut yang berlaku dalam DAP itu timbul selepas ramai anggotanya dilapor mempersoal ketelusan dalam pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP berikutan wujud perubahan mendadak dalam keputusan pemilihan kononnya disebabkan kesilapan pengiraan, selain dakwaan kenapa lebih 700 perwakilan dinafikan hak mengundi.

-BERNAMA

Artikel Sebelum

Cuaca Diramal Cerah Semasa Penamaan Calon

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

Artikel Lain