suria

Calon BN DUN Tanjung Bidara Tarik Diri Atas Faktor Kesihatan - Ali Rustam

Calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) N2 Tanjung Bidara Datuk Ab Karim Sulaiman hari ini menarik diri daripada bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13). Ab Karim, 65, membuat keputusan itu atas faktor kesihatan dan tempatnya digantikan dengan pesara guru, Md Rawi Mahmud, 60. -FotoBERNAMA

AYER KEROH: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam mengesahkan calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Bidara, Datuk Ab Karim Sulaiman menarik diri daripada bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), 5 Mei ini.

Ab Karim berbuat demikian atas faktor kesihatan.

Surat penarikan diri diserahkan tengah hari Rabu sebelum dipanjangkan kepada Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak.

Mohd Ali turut mengumumkan bekas guru yang juga Ahli Jawatankuasa Umno Masjid Tanah, Md Rawi Mahmud, 60 sebagai calon BN di DUN berkenaan.

Watikah calon akan diserahkan kepada Md Rawi lewat petang ini.

Artikel Berikut

Artikel Lain