suria

Azizan Akui Hadapi Laluan Sukar Pertahan Kedah

Azizan mengakui berdepan laluan sukar mempertahankan Kedah.
Azizan mengakui berdepan laluan sukar mempertahankan Kedah.
Azizan mengakui berdepan laluan sukar mempertahankan Kedah.

ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak mengakui berhadapan laluan sukar untuk kembali menerajui kerajaan negeri selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) nanti.

Menurut beliau berdasarkan calon yang diketengahkan Barisan Nasional (BN), beliau percaya pilihan raya kali ini bakal menyaksikan persaingan sengit.

Bagaimanapun katanya ia bukan satu masalah besar kerana pihaknya mempunyai strategi tertentu untuk mematahkan serangan musuh tradisi mereka itu.

"Berbanding pilihan raya 2008, kita jangka more fight (lebih sengit).

"Walaupun depa (mereka) tau stratergi kita, (tapi) kita tau how to attack them (bagaimana nak serang BN)...sebelum ni kita tak tau,” katanya ketika ditemui di sini.

Mengulas mengenai pemilihan veteran Umno yang juga berkas Ahli Parlimen tiga penggal, Datuk Othman Abdul yang akan menetang Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu di Pendang, Azizan mengakui calon BN itu merupakan contoh calon heavy weight parti lawan.

"Very tough fight (persaingan yang sangat sengit)... dia orang lama.

"Tapi kita juga ada calon daripada pelbagai latar belakang, maknanya kita ada golongan profesional dan sebagainya," katanya.

Mengulas mengenai kedudukannya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau yang hampir pasti menentang sepupunya sendiri, Mohd Fadzillah Mohd Ali yang diumumkan sebagai calon BN, Azizan berkata beliau tiada masalah mengenainya.

"Tak apalah...memang dia sepupu saya. Tak kisah lawan sepupu sendiri, ini menunjukkan keluarga kami ni hebat-hebat," katanya sinis.

Artikel Berikut

Artikel Lain