SPR Sabah Jangka Keputusan PRU-13 Diketahui Seawal 7 Malam - Semasa | mStar

SPR Sabah Jangka Keputusan PRU-13 Diketahui Seawal 7 Malam

KOTA KINABALU: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Sabah menjangka keputusan pilihan raya umum akan diketahui seawal 7 malam pada hari pengundian 5 Mei ini.

Pengarah SPR Negeri Datuk Md Idrus Ismail berkata semua keputusan PRU13 bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen di negeri ini dijangka diketahui selewat-lewatnya pukul 10 malam pada hari yang sama.

"Kali ini kita jangka keputusan pertama PRU13 diketahui lebih awal berbanding pilihan raya sebelum ini, kerana semua kertas undi untuk pengundian awal pada 30 April akan mula dikira jam 4 petang pada 5 Mei ini.

"Pada pilihan raya kali ini, semua pengiraan undi akan dibuat di saluran, tidak seperti pilihan raya lepas yang mana, pusat pengundian yang ditutup seawal jam 3 petang dibawa terus ke pusat penjumlahan rasmi undi, dan selepas jam 5 petang baru dikira," katanya.

Md Idrus berkata demikian kepada pemberita sempena perjumpaan SPR bersama media di Pusat Media Pejabat SPR Sabah di Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, di sini, Rabu.

Pusat media itu akan digunakan untuk menyalurkan maklumat mengenai senarai nama calon yang bertanding bagi kerusi parlimen dan DUN, dan pusat itu dijangka menjadi tumpuan pengamal media yang akan membuat liputan berita terutama penamaan calon pada 20 April dan pengumuman keputusan 5 Mei ini.

Beliau berkata pada pilihan raya umum yang lepas, SPR menghadapi banyak masalah termasuk cuaca yang tidak menentu.

Md Idrus berkata setakat ini, pejabat SPR negeri telah mengeluarkan sebanyak 1,025 borang pencalonan, dan daripada jumlah itu, sebanyak 361 borang dikeluarkan untuk Parlimen dan 664 borang untuk DUN.

Mengenai urusan pengundian di SK Tanjung Labian, Lahad Datu, yang terjejas berikutan kes pencerobohan pengganas di Kampung Tanduo Lahad Datu baru-baru ini, beliau berkata pusat mengundi di sekolah itu, yang ditutup sebelum ini, kini sudah dibuka.

"Bagaimanapun, beberapa rumah pengundi yang tidak dapat dimasuki, dan mereka kini terpaksa ditempatkan di sebuah dewan di Felda. Kita akan gunakan kenderaan agensi kerajaan untuk membawa pengundi ke SK Tanjung Labian untuk membolehkan mereka mengundi," katanya sambil menambah kawasan itu mempunyai 671 pengundi berdaftar. -BERNAMA

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

Artikel Lain