suria

PRU-13: Tetap Beri Sokongan Biarpun Tidak Terpilih Bertanding

MUAR: Beberapa bekas penyandang kerusi Barisan Nasional (BN) di Dewan Undang Negeri (DUN) yang tidak disenaraikan semula untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) menerima keputusan yang dibuat oleh pucuk pimpinan parti dengan hati terbuka.

Bekas Ahli Undangan Negeri Bukit Serampang, Datuk Tahir Taat menyifatkan pemilihan muka-muka baru yang dibuat oleh pucuk pimpinan adalah yang terbaik dan berpotensi membantu kemenangan BN di negeri ini.

"Saya memang sudah buat keputusan untuk tidak bertanding PRU-13 ini bagi memberi laluan kepada golongan muda selepas tiga penggal memikul tanggungjawab ini.

"Saya yakin pilihan pucuk pimpinan yang mengantikan tempat saya ini mampu mengalas tanggungjawab yang diberikan dan secara tidak langsung membatu kemenangan BN di Johor," ujarnya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Selasa.

Jelas beliau, biarpun tidak bertanding untuk kerusi DUN pada PRU-13 ini, beliau turut terlibat dalam menggerakkan jentera parti untuk kempen kali ini.

"Masa inilah kita harus menunjukkan kesetiaan kepada parti, walaupun tidak bertanding tapi saya akan mengetuai jentera penggerak bagi kempen pilihan raya ini," ujarnya.

Tahir turut menasihatkan agar rakan seperjuangan yang tidak terpilih untuk bertanding pada PRU-13 ini agar terima keputusan tersebut dengan matang dan merajuk.

"Biarpun tidak dicalon tapi kita seharusnya terus berada di belakang parti sebagai tulang belakang, jangan ada yang merajuk sehingga membuat keputusan yang tidak sepatutnya.

"Saya yakin pucuk pimpinan mempunyai alasan tersendiri dan PRU-13 ini merupakan pilihan raya terpenting buat Malaysia," katannya.

Sementara itu, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Naning Datuk Abdullah Ali menganggap pemilihan muka-muka baru di Johor adalah dikalangan calon boleh menang.

"Melihat kepada senarai yang dikeluarkan hari ini, saya yakin muka-muka baru yang diumumkan mempunyai kradibiliti tersendiri dan calon boleh menang.

"Bagi PRU-13 ini saya sudah awal-awal menarik diri kerana memberi laluan orang yang lebih muda dan segar untuk bertanding," katanya.

Beliau berkata, kejayaan BN akan ditentukan oleh kradibiliti calon yang diumumkan dan akan terus memberi sokongan penuh kepada parti tersebut sepanjang tempoh PRU-13 ini.

"Terpilih atau tidak sebenarnya tidak penting kerana apa yang penting ialah kemenangan parti pada pilihan raya ini, tiada istilah merajuk sebaliknya terus memberi sokongan kepada Umno dan BN," ujarnya.

Manakala bagi Bekas Ahli Undangan Negeri Sungai Balang Dr. Robia Kosai, keputusan tersebut diterima dengan sebaiknya.

"Itu adalah keputusan pucuk pimpinan dan sebagai orang dalam parti saya terima apa juga yang ditetapkan.

"Walaupun begitu saya tetap menyokong calon yang dipilih dan membantu jentera parti sepanjang kempen PRU-13 ini berlangsung," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain