suria

Mohd Fatmi Sah Tanding Di Kerusi Parlimen Kota Bharu

KOTA BHARU: Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Mohd Fatmi Che Salleh diumumkan akan bertanding di kerusi Parlimen Kota Bharu pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Ia sekali gus menepati ramalan mengenai Mohd Fatmi disebut-sebut sebagai calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kali ini.

Mohd Fatmi pernah bertanding di kerusi yang sama pada pilihan raya umum 2008 namun tewas di tangan veteran PAS, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah dengan majoriti 11,288 undi.

Penyandang kerusi itu, Wan Abdul Rahim terlebih dahulu mengumumkan persaraannya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain