suria

Lagi Kes Serangan Ketika Pasang Bendera

GEORGE TOWN: Dua pekerja parti dilapor diserang ketika memasang bendera parti di Jalan Perak di sini tengah malam Selasa.

Menurut jurucakap pilihan raya polis kontinjen negeri ACP Roslee Chik, mereka yang berumur 21 dan 53 tahun itu diserang sekumpulan individu menggunakan topi keledar dan kayu.

"Kedua-dua mangsa cedera parah di kepala serta muka sehingga terpaksa menerima lebih 20 jahitan. Mangsa yang berumur 53 tahun itu koma, tetapi kini berada dalam keadaan stabil," katanya kepada pemberita pada Rabu.

Sehubungan itu, polis sedang mengesan lima suspek berusia antara 20-an hingga 30-an yang dipercayai terbabit dalam kejadian itu.

Roslee meminta saksi tampil membuat laporan. Kes disiasat mengikut mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain