suria

Kristian Tidak Akan Jadi Agama Rasmi - Mat Sabu

SEGAMAT: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu menegaskan agama rasmi negara tidak akan boleh ditukar kepada agama Kristian sekiranya Pakatan Rakyat (PR) berjaya memerintah negara.

Jelas beliau, jumlah kerusi yang diperuntukkan kepada pemimpin beragama Kristian di semua parti bertanding tidak mencukupi untuk meminda perlembagaan yang menetapkan agama Islam sebagai agama persekutuan.

Bercakap dalam satu ceramah di Segamat pada malam Selasa, Mohamad yang lebih dikenali dengan panggilan 'Mat Sabu' berkata, perlembagaan hanya boleh dipinda dengan mendapat persetujuan daripada 148 suara wakil rakyat.

"Kristian tidak akan jadi agama rasmi kerana jika ingin pinda perlembagaan memerlukan 148 suara sedangkan orang yang beragama Kristian tidak sampai 40 orang jika dicampur kesemua parti.

"Empat puluh suara tidak akan boleh pinda perlembagaan," katanya.

Beliau menambah, nasib agama Islam akan lebih terbela dibawah pemerintahan PR kerana mempunyai tokoh pemimpin daripada kalangan ulama.

"Kalau PR menang saya yakin agama Islam akan lebih terbela kerana kita banyak pemimpin dikalangan ulama seperti Tok Guru Nik Aziz, Tok Guru Haji Hadi dan ramai lagi yang lebih berkepimpinan dalam hal agama dan menjaga Melayu," ujarnya.

Turut hadir pada ceramah tersebut adalah Pengerusi PKR Negeri, Datuk Chua Jui Meng, Bekas Timbalan Panglima Tentera Darat Leftenan Jeneral (B) Datuk Abdul Ghafir Abdul Hamid dan Naib Ketua PKR Negeri, Hassan Karim.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain