suria

Kit Siang Cabar Abdul Ghani Berdebat

Lim Kit Siang
Lim Kit Siang
Lim Kit Siang

JOHOR BARU: Veteran DAP, Lim Kit Siang mencabar Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman untuk mengadakan beberapa siri debat sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), 5 Mei ini.

Lim akan bertanding di kerusi Parlimen Gelang Patah menentang Abdul Ghani yang merupakan calon Barisan Nasional (BN) untuk kerusi tersebut.

Beliau berkata siri pertama daripada tujuh debat itu perlu diadakan sebelum hari penamaan calon, 20 April ini untuk mengetengahkan dan membincangkan beberapa isu supaya orang ramai boleh menentukan calon yang akan diundi.

Pada sidang media di sini Rabu, Lim turut menjemput Ghani untuk menyertainya menjadikan Gelang Patah sebuah 'model' kawasan Parlimen untuk pilihan raya umum yang bersih, bebas dan adil.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain