suria

Ditetak Kerana Sering Curi Daun Pisang

KUALA TERENGGANU: Kerana dikatakan asyik mencuri daun pisang, seorang lelaki cedera dilibas pemilik kebun di Kampung Paya Lasir, Kemaman pada Isnin.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, ACP K.Manoharan berkata kejadian yang berlaku pukul 7.30 malam itu menyebabkan lengan kiri mangsa yang berusia 35 tahun tersebut menerima enam jahitan di Hospital Kemaman.

"Kita percaya motif kejadian berpunca akibat rasa tidak puas hati setelah pemilik kebun yang berusia 59 tahun itu melihat mangsa telah tiga hari memasuki kebun dan mengambil daun pisang miliknya," katanya kepada pemberita di sini, Rabu.

Manoharan berkata suspek membuat laporan di Balai Polis Kijal, begitu juga dengan mangsa.

Beliau berkata suspek turut menyerahkan parangnya dan dia ditahan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mendatangkan kecederaan. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain