suria

Calon BN Kedah Isi Borang Penamaan Calon

ALOR SETAR: Kesemua 15 calon bagi kerusi Parlimen dan 36 calon Dewan Undangan Negeri (DUN) daripada Barisan Nasional (BN) Kedah mula mengisi borang pencalonan masing-masing pada Rabu.

Majlis yang diadakan sehari selepas BN Kedah mengumumkan senarai calon itu dibuat secara serentak di Bangunan Umno Kedah di sini.

Kesemua calon yang dipecahkan mengikut Parlimen dan DUN di dalam kawasan masing-masing diwakili oleh seorang peguam bagi menyemak borang pencalonan.

Setiap calon hadir bersama pencadang, penyokong, wakil calon dan saksi masing-masing.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 20 April ini sebagai hari penamaan calon manakala 30 April ditetapkan sebagai hari pengundian awal.

Sementara itu 5 Mei ditetapkan sebagai hari pengundian bagi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain