suria

PRU-13: Tony Pua Akan Tanding di Parlimen Kulai?

Tony Pua
 Tony Pua
Tony Pua

PETALING JAYA: Khabar angin bertiup kencang mengatakan Tony Pua, tidak akan mempertahankan kerusi Parlimen Petaling Jaya Utara yang disandangnya sebaliknya beliau akan diletakkan di kerusi Parlimen Kulai, Johor pada Pilihan Raya Umum, 5 Mei ini.

Beliau mengesahkan namanya salah satu daripada dua nama yang disenarai pendek, bersama-sama dengan Ahli Parlimen Serdang Teo Nie Cheng.

Ketika dihubungi pada Selasa, Ketua Publisiti DAP itu berkata perbincangan masih dijalankan.

Pua dan Teo telah turun berkempen dalam siri ceramah di selatan Johor sejak beberapa minggu yang lalu.

Sementara itu, Barisan Nasional (BN) meletakkan Timbalan Pengerusi MCA bahagian Kulai, Tay Chin Hein, 45 bagi kerusi berkenaan.

Pada 2008, MCA memenangi kerusi tersebut, apabila bekas Presiden MCA, Tan Sri Ong Ka Ting menewaskan calon DAP Ng Pak Siong dengan majoriti 11, 744 undi.

Kerusi Kulai didominasi oleh pengundi Cina dengan, 56 peratus, sementara Melayu dan India masing-masing 32 dan 10 peratus.

Pakar Strategi DAP, Dr Ong Kian Ming dikhabarkan akan bertanding di Petaling Jaya Utara sekiranya beliau tidak dicalonkan bagi kerusi Parlimen Kepong, yang disandang oleh Timbalan Pengerusi DAP Dr Tan Seng Giaw sejak tujuh penggal lalu,.

Artikel Lain