PRU-13: BN Perak Ketengah Ramai Muka Baru - Semasa | mStar

PRU-13: BN Perak Ketengah Ramai Muka Baru

IPOH: Barisan Nasional (BN) Perak mengetengahkan ramai calon baru iaitu seramai 40 orang bagi menghadapi persaingan dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) di peringkat negeri dan Parlimen. Pengerusi BN Perak, Datuk Seri Zambry Abd Kadir berkata Perak menjadi salah satu negeri yang mengetengahkan jumlah besar calon baru dan muda.

Katanya, pemilihan calon pilihan raya kali ini sesuai dengan transformasi politik yang digagaskan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. "Ini satu jumlah yang besar...muka baru di bawah usia 40 tahun.

"Ini juga satu lagi transformasi dan saya diberitahu jumlah ini adalah tinggi berbanding negeri-negeri lain," katanya kepada pemberita selepas mengumumkan senarai penuh calon BN bertanding di Perak, dekat sini, Selasa.

Menurut Zambry, pada kali ini Perak menampilkan seramai 35 muka baru atau 59.3 peratus yang akan bertanding di kerusi Dun.

"Manakala bagi kerusi Parlimen BN Perak menampilkan seramai lima orang calon baru yang mewakili sebanyak 20.8 peratus," katanya. Pengumuman dibuat kira-kira pukul 10.30 pagi dan dihadiri calon-calon yang bakal bertanding.

Calon bertanding paling muda Daniel Wa Wai How juga akan bertanding di negeri ini mewakili Dun Keranji.

Beliau berusia 25 tahun.

Zambry berkata walaupun terdapat ramai calon baru, secara keseluruhannya calon-calon yang dipilih terdiri daripada pelbagai golongan dan latar belakang yang berkhidmat sebagai doktor, guru, pentadbir, agamawan, pemimpin NGO dan golongan wanita.

Dalam proses 'meremajakan' politik di Perak, calon lama dan pemimpin akar umbi BN bagaimanapun tetap dikekalkan.

"Dalam proses meremajakan parti sesuai dengan peningkatan pengundi muda, kami mengetengahkan 11 calon mewakili generasi muda bagi membawa suara mereka di dewan negeri," katanya.

BN akan bertanding di 24 kerusi Parlimen dan 59 kerusi Dun di negeri ini.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

PRU-13: Kayveas Diumum Bertanding

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

Artikel Lain