suria

PRU-13: Anwar Umum Senarai Calon PKR Di Perak

IPOH: Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah memuktamadkan calon-calonnya yang akan bertanding di Perak pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

Pengumuman dibuat oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kampung Manjoi, yang terletak di Parlimen Tambun, kawasan yang beliau pilih pada mulanya untuk bertanding pada pilihan raya kali ini.

Anwar mengumumkan PKR akan bertanding di sembilan kerusi Parlimen dan 20 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Walaubagaimanapun, status bagi DUN Manong masih menjadi teka-teki.

Mengulas lanjut Anwar mengakui timbul masalah kecil mengenai pembahagian kerusi dalam Pakatan Rakyat termasuk di Perak namun meletakkan keyakinan masalah akan dapat diselesaikan dengan pemuafakatan.

"Ada...Perak pun ada sikit-sikit. Ada satu-dua lagi bercanggah mudah-mudahan kita dapat selesaikan dengan baik dengan bermuafakat.

"Changkat Jering umpamanya itu memang kawasan yang dimenangi Keadilan tapi PAS minta kerana mereka kata nak Datuk Seri Nizar Jamaluddin sebagai calon dan pimpinan Keadilan Perak kata kalau Datuk Seri Nizar tak apalah kita jangan berbalah maka diserahkan (Changkat Jering)," katanya ketika berucap di ceramah Jelajah Merdeka Rakyat, dekat sini.

Anwar berkata calon-calon yang diletakkan mempunyai kelebihan dari segi pengalaman dan kelayakan akademik sambil mengetengahkan muka-muka baru serta calon wanita.

Senarai penuh calon di Perak:

PARLIMEN

P58 Bagan Serai- Dr Muhammad Nur Manuty

P61 Padang Rengas- Meor Ahmad Ishaara Ishak

P63 Tambun- Siti Aishah Shaikh Ismail

P71 Gopeng- Dr Lee Boon Chye

P72 Tapah-Vasantha Kumar Krishan

P73 Pasir Salak-Mustaffa Kamil Ayub

P74 Lumut- Laksamana Pertama (B) Mohamad Imran Abd Hamid

P75 Bagan Datok - Madzi Hasan

P77 Tanjung Malim- Tan Yee Kew

DUN

N01 Pengkalan Hulu- Mejar(B) Abdullah Masnan

N02 Temengor Mohd Supian Mordin -

N03 Kenering- Mohd Tarmizi Abdul Hamid

N04 Kota Tampan- Zahrul Nizam Abdul Majid

N07 Batu Kurau- Mohd Fadzil Alias

N09 Kuala Kurau- Abdul Yunus Jamhari

N10 Alor Pongsu- Rosli Ibrahim

N13 Kuala Sepatang- Chua Yee Ling

N24 Hulu Kinta- M.A Tinagaran A/l Arumugam

N34 Bukit Chandan- Fathmawaty Salim

N39 Bota- Zulkifly Ibrahim

N42 Tualang Sekah- Baldip Singh A/L Santokh Singh

N44 Simpang Pulai- Tan Kar Hing

N45 Teja- Chang Lih Kang

N46 Chenderiang- Amani Wiliams Hunt Abdullah

N48 Sungai Manik- Osman Abdul Rahman

N52 Pangkor- Mohd Saifullah Mohd Zulkifli

Hutan Melintang- Kesavan

Behrang- Datuk Abdul Hadi

Artikel Lain