suria

Pakatan Pembangkang Umum Calon, Manifesto Selangor Pada Khamis

SHAH ALAM: Pakatan pembangkang (PR) Selangor akan mengumumkan calon-calonnya dan melancarkan manifesto pilihan raya untuk Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) secara serentak di Dataran Kemerdekaan Shah Alam pada Khamis.

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim selaku pengerusi PR Selangor, berkata beliau yakin calon-calon yang dipilih itu mampu mempertahankan semua 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor yang dimenangi pada pilihan raya umum 2008.

Antara janji dalam manifesto PRU-13 PR Selangor ialah dana kepada Lembaga Perumahan untuk memastikan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) PKNS dan pemaju swasta dapat membina rumah mampu milik.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di sini, Selasa.

Abdul Khalid meminta rakyat Selangor untuk turut sama pada acara pengumuman dan pelancaran manifesto itu. - BERNAMA

Artikel Lain