suria

Jangan Terpedaya 'Tawaran Bukan-Bukan' Pembangkang - Muhyiddin

JOHOR BAHARU: Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan rakyat supaya tidak menggadaikan masa depan negara dengan menerima apa yang disifatkannya sebagai "tawaran bukan-bukan" pembangkang dalam manifesto pilihan raya mereka.

Timbalan Perdana Menteri menegaskan apa yang dijanjikan pembangkang itu tidak realisitik serta tidak memberi faedah kepada rakyat dan negara pada masa depan.

Beliau menarik perhatian apa yang dijanjikan dan dilakukan Barisan Nasional (BN) menerusi pelbagai dasar dan bantuan seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), telah banyak memberi manfaat kepada rakyat.

"Jangan gadai masa depan kita (apabila) hanya kita fikir soal tawaran yang bukan-bukan dibuat pembangkang (dalam manifesto mereka).

"Kita ada pandangan jauh berbanding pembangkang...mereka (hanya) nak popular," kata Muhyiddin ketika merasmikan Himpunan Komuniti Usahawan Tekun di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor di sini, Selasa.

-BERNAMA

Artikel Lain