PRU-13: Pengerusi BN Sarawak Dijangka Temui Calon Rabu Ini - Semasa | mStar

PRU-13: Pengerusi BN Sarawak Dijangka Temui Calon Rabu Ini

KUCHING: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud dijangka mengadakan pertemuan dengan semua calon parti komponen itu yang disahkan akan bertanding di 31 kerusi Parlimen Sarawak pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) pada Rabu, kata Setiausaha Agung BN negeri Datuk Dr Stephen Rundi.

Beliau berkata Taib, yang menerima dokumen pencalonan daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga pengerusi BN nasional di Kuala Lumpur, akan mempengerusikan mesyuarat dengan anggota majlis tertinggi BN dari empat negeri parti komponen itu, termasuk penyandang dan muka baharu di ibu pejabat Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) di sini.

"Kami menyerahkan kepada pengerusi BN negeri untuk memperkenal calon berkenaan pada mesyuarat itu, yang dijangka menyentuh perkembangan terbaharu persediaan kita untuk menghadapi PRU13," katanya.

Bagaimanapun, Taib yang juga Ketua Menteri Sarawak serta Presiden PBB, dijangka bertemu semua pemimpin parti komponen BN negeri di venue sama esok selepas menghadiri majlis pecah tanah projek pembinaan perumahan rakyat di Permyjaya New Township di Miri pada sebelah pagi.

PBB akan bertanding di 14 kerusi, Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) (tujuh), Parti Rakyat Sarawak (PRS) (enam) dan Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) (empat) pada PRU13, yang bakal menyaksikan satu pertiga calon B Nbagi kerusi Parlimen adalah muka baharu.-BERNAMA

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

Artikel Lain