suria

Najib Serah Surat Tauliah Calon Hari Ini

PETALING JAYA: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Najib Tun Razak akan menyerahkan surat tauliah calon parti itu kepada pengarah pilihan raya BN negeri pada satu majlis di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur pada Isnin.

Surat tauliah itu mengandungi nama setiap calon bagi 222 kawasan Parlimen dan 505 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan bertanding dalam pilihan raya umum akan datang.

Kebanyakan negeri dijangka membuat pengumuman calon-calon itu sama ada pada Isnin atau Selasa ini.

Artikel Lain