Empat Lelaki Ditahan Berhubung Kes Tetak Lelaki Semasa Pasang Bendera - Semasa | mStar

Empat Lelaki Ditahan Berhubung Kes Tetak Lelaki Semasa Pasang Bendera

KUALA LUMPUR: Empat lelaki, termasuk dua beradik ditahan petang Ahad bagi membantu siasatan berhubung kes tetak seorang lelaki ketika sedang memasang bendera sebuah parti politik di Kemaman, Terengganu Jumaat lepas.

Penolong Ketua Urusetia Ketua Polis Negara (Perhubungan Awam) ACP Ramli Mohamed Yoosuf berkata kesemua suspek berusia antara 28 dan 44 tahun itu ditahan di hadapan Balai Polis Chukai, Kemaman, Terengganu kira-kira 6.45 petang.

"Mereka ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan atas kesalahan merusuh dan jika sabit kesalahan hukuman penjara lima tahun atau denda atau keduanya dan Seksyen 324 Kanun Keseksaan iaitu sengaja menyebabkan kecederaan," katanya pada taklimat pilihan raya umum ke-13 (PRU13) di Bukit Aman di sini, Isnin.

Jumaat lepas, seorang lelaki berusia 40-an cedera parah di bahagian depan dan belakang badan setelah ditetak menggunakan parang dan kayu oleh lima individu ketika mangsa bersama rakannya sedang memasang bendera parti.

Difahamkan kejadian kira-kira 11 malam itu dipercayai berpunca akibat perebutan kawasan untuk memasang bendera parti.

Ramli mengingatkan mana-mana pihak terutama penyokong parti politik agar bersikap lebih berhemah dan menghormati undang-undang semasa berkempen bagi mengelakkan insiden tidak diingini berlaku.

"Bagi pemasangan bendera, ia perlu mendapat kebenaran pihak berkuasa tempatan di kawasan masing-masing kerana ini juga dapat mengelakkan sebarang kejadian atau insiden seperti perbalahan dan sebagainya," katanya.

"Elakkan sebarang tindakan atau percakapan berbaur isu perkauman, ugutan bagi mengelakkan berlakunya sebarang ancaman, huru-hara, perbalahan dan insiden yang tidak diingini sehingga boleh mencemarkan reputasi sebuah negara yang berdemokrasi," katanya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

Artikel Lain