suria

PRU-13: Senarai Calon PR P. Pinang Akan Dimuktamadkan Isnin Ini

Lim Guan Eng
 Lim Guan Eng
Lim Guan Eng

BUTTERWORTH: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng akan bertemu dengan pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat negeri pada Isnin untuk memuktamadkan senarai calon yang bertanding bagi negeri itu pada hari pengundian 5 Mei.

Lim berkata senarai calon dijangka akan diumumkan satu atau dua hari sebelum penamaan calon.

Beliau menambah mesyuarat yang sepatutnya berlangsung pada Ahad namun ditangguhkan kerana Timbalan Menteri Pulau Pinang II, Dr P. Ramasamy terpaksa menghadiri majlis pengebumian pembantu peribadinya di Kuala Lumpur.

"Jadi, saya akan cuba untuk mengadakan mesyuarat itu esok," kata Lim selepas melawat pasar Taman Chai Leng pada Ahad.

Artikel Lain