suria

PRU-13: Kain Rentang Pusat Daerah Mengundi BN Di Butterworth Disimbah Cat

BUTTERWORTH: Kain rentang di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Barisan Nasional (BN) Taman Merbau di Jalan Raja Uda di sini telah disimbah cat putih.

Pengerusi PDM itu, Michael Tan berkata beliau menyedari kejadian itu kira-kira pukul 1.30 pagi tadi.

"Apabila tiba di rumah yang dijadikan PDM ini, saya ternampak setompok cat berwarna putih di atas lantainya. Setelah membuat pemeriksaan lanjut, saya dapati kain rentang yang digantung juga telah disimbah dengan warna cat yang sama.

"Ini merupakan kejadian pertama di kawasan perumahan ini," katanya pada Ahad

Beliau berkata beliau telah membuat laporan di Balai Polis Butterworth sejam selepas menyedari perkara itu.

nyelaras BN Kawasan Parlimen Bagan, David Chua yakin perbuatan itu bermotifkan politik.

"Perkara seperti ini tidak seharusnya berlaku. Setiap parti politik yang bertanding telah diberi peluang yang sama untuk berkempen memenangi hati rakyat," katanya.-BERNAMA

Artikel Lain