suria

PRU-13: Ini PRU Terakhir Saya - Jui Meng

Datuk Chua Jui Meng
 Datuk Chua Jui Meng
Datuk Chua Jui Meng

JOHOR BARU: Menang atau kalah akan dalam pilihan raya umum ke-13, ia akan menjadi pilihan raya terakhir yang akan ditandingi Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Johor, Datuk Chua Jui Meng.

"Menang atau kalah, saya harap ini akan menjadi kali terakhir. Pada awalnya, saya tidak berhasrat untuk bertanding dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) tapi saya terpaksa berbuat sesuatu demi kepentingan parti," kata Chua, yang akan bertanding di kerusi Parlimen Segamat.

Chua, yang pada awalnya dikatakan enggan bertanding di Segamat berkata beliau berasa yakin selepas bertemu dengan masyarakat Cina di kawasan itu.

"Maklum balas yang diterima daripada orang India juga memberangsangkan kerana mereka mahu perubahan selepas tidak mereka tidak menikmati banyak pembangunan di sini," dakwanya pada Sabtu.

Chua berkata 'angin perubahan sangat jelas' terpancar selepas beliau berjumpa dengan pengundi di sini.

Artikel Lain