suria

PM Ucap Takziah kepada Keluarga Allahyarham Datuk Fatimah Abdul Majid

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini merakamkan ucapan takziah kepada keluarga tokoh politik Allahyarham Datuk Fatimah Abdul Majid yang meninggal dunia Jumaat lepas.

"Al-Fatihah kepada anggota Parlimen wanita pertama, Allahyarham Datuk Fatimah Abdul Majid yang meninggal dunia Jumaat lalu. Takziah kepada keluarga," katanya dalam laman sosial Facebook beliau.

Allahyarham Fatimah, 94, yang juga seorang daripada pengasas Umno, meninggal dunia di Institut Jantung Negara di sini kira-kira 10 pagi kerana masalah pernafasan.

Wanita pertama menjadi wakil rakyat di Johor pada 1959 itu meninggalkan lapan anak perempuan serta 35 cucu dan cicit.-BERNAMA

Artikel Lain