LDP Akan Pertahan Dun Karamunting - Liew - Semasa | mStar

LDP Akan Pertahan Dun Karamunting - Liew

SANDAKAN: Parti Liberal Demokratik (LDP) akan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Karamunting pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13).

Ia sekali gus membolehkan mereka mendapatkan semula kerusi itu, yang sebelum ini penyandangnya Datuk Pang En Yin, bertindak keluar daripada LDP dan menyertai parti Gerakan.

Presiden LDP Datuk Liew Vui Keong berkata sememangnya pucuk pimpinan Barisan Nasional (BN) pusat telah membuat keputusan bahawa DUN Karamunting dikembalikan kepada parti itu pada PRU13.

Sehubungan itu, katanya seorang calon baharu akan diletakkan di DUN tersebut yang menepati kehendak pucuk pimpinan BN mahukan calon yang mampu menang.

"Sama-sama kita tunggu apabila Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan nama calon dijangka esok," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Notebook 1Malaysia kepada 61 murid cemerlang peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah daripada 10 Sekolah Jenis Kebangsaan Cina di sini, Ahad.

Pada pilihan raya umum ke-12 pada 2008, LDP ketika itu diwakili Naib Presidennya Datuk Pang En Yin memenangi kerusi Karamunting.

Bagaimanapun pada Ogos 2010, Pang mengumumkan keputusannya untuk keluar LDP kerana tidak setuju dengan pendirian parti itu bahawa ia tidak dapat bekerjasama dengan Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman.

Pang kemudian menyertai Parti Gerakan. Liew juga mengesahkan parti itu akan mendapat sebuah kerusi baharu di kawasan pantai barat Sabah dan akan meletakkan seorang muka baharu.

Beliau tidak menyatakan kedudukan kerusi tersebut dan menyerahkan pucuk pimpinan BN untuk membuat pengumuman.

Menurutnya LDP akan mempertahankan semua kerusi yang diperuntukkan kepada parti itu di Sabah sebelum ini iaitu Parlimen Sandakan yang diwakili beliau sendiri dan tiga DUN iaitu Tanjung Kapor (Kudat), Merotai (Tawau) dan Karamunting (Batu Sapi).

Beliau yang juga Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri berkeyakinan tinggi mampu memenangi semula semua kerusi tersebut dan kerusi baharu yang akan diwakili parti itu. -BERNAMA

Artikel Berikut

Mat Sabu Hanya Mahu Kuasa - Tun M

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

Artikel Lain