suria

PRU-13: "Wen Wen" MCA Laris Macam Goreng Pisang Panas

KUALA LUMPUR: Maskot beruang panda MCA bagi pilihan raya umum ke-13 bernama "Wen Wen" menerima sambutan yang amat menggalakkan dan hampir kehabisan stok sejak dilancarkan 10 hari lepas.

MCA sudah membuat tempahan baharu yang dijangka tiba dalam masa beberapa hari lagi, kata Ketua Biro Publisiti parti Datuk Heng Seai Kie ketika dihubungi.

Katanya Wen Wen diagih ke semua negeri.

"Wen" bermaksud kestabilan dalam bahasa Mandarin selari dengan slogan pilihan raya MCA "Stability Above Chaos" (Kestabilan Mengatasi Huru-hara).

Heng berkata panda dipilih sebagai maskot bagi mencerminkan hubungan dua hala yang kukuh antara Malaysia dan China di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Maskot comel itu yang dihiasi logo 1Malaysia pada dadanya dilancar 3 April lepas dan dijual pada harga RM4 yang turut disertakan dengan gelang kunci.-BERNAMA

Artikel Lain