suria

PRU-13: Ketua MCA Bahagian Gelang Patah Jasoh Teoh Mahu Atasi Masalah Akar Umbi

Ketua MCA bahagian Gelang Patah, Jason Teoh
 Ketua MCA bahagian Gelang Patah, Jason Teoh
Ketua MCA bahagian Gelang Patah, Jason Teoh

JOHOR BARU: Ketua MCA bahagian Gelang Patah mahu menghabiskan masanya untuk menyelesaikan masalah alam sekitar, isu banjir yang merupakan sebahagian daripada manifestonya jika dia dipilih sebagai calon pada hari pengundian pilihan raya umum ke-13, 5 Mei ini.

Jason Teoh berjanji akan menyelesaikan isu yang dihadapi oleh penduduk, terutamanya mereka yang tinggal di Skudai kerana sering berhadapan dengan masalah banjir kilat.

"Saya telah bekerja di peringkat bawah sejak 11 tahun lalu dan banyak pemimpin yang lebih mementingkan isu nasional, saya lihat masalah akar umbi juga perlu diselesaikan, seperti pungutan sampah, mengatasi banjir kilat dan kebersihan," katanya pada sidang media di sini Jumaat.

Teoh mengumumkan persiapan projek sistem saliran bawah tanah bernilai RM400,000 di Taman Skudai Baru di sini.

Selain itu, beliau berkata dia 'tidak tidur dengan lena' disebabkan kebimbangan mengenai pemilihannya sebagai calon selepas spekulasi mengenai Menteri Besar Johor Datuk Seri Abdul Ghani Othman akan bertanding menentang Penasihat DAP Lim Kit Siang di Gelang Patah.

Artikel Lain