PRU-13: Calon PKR Balik Pulau Tidak Patriotik, Agungkan Kereta Import - Semasa | mStar

PRU-13: Calon PKR Balik Pulau Tidak Patriotik, Agungkan Kereta Import

BALIK PULAU: Calon PKR Parlimen Balik Pulau Muhammad Bakhtiar Wan Chik, 48, menunjukkan sikap tidak patriotik beliau apabila mengagungkan kereta import berbanding kereta buatan tempatan dalam satu ceramah di sini, Jumaat malam.

Dalam ceramah anjuran pakatan pembangkang di pasar awam di sini yang dihadiri 300 orang, Muhammad Bakhtiar, seorang aktivis reformasi sejak 1998, berkata: "Esok selepas kita menang, anda semua tukar kereta Camry daripada Proton Wira yang digunakan sekarang."

Yang turut hadir, Pesuruhjaya PAS negeri, Datuk Mohd Salleh Man, Pengerusi DAP negeri, Chow Kon Yeow, Setiausaha Politik Ketua Menteri Pulau Pinang, Zairil Khir Johari dan calon PAS Dewan Undangan Negeri Bayan Lepas, Asnah Hashim.

Terdahulu, ketika berceramah di Teluk Bahang petang semalam, Muhammad Bakhtiar dilihat hadir dengan menaiki kereta mewah Porsche Cayenne S berwarna hitam bersama pemandu peribadi beliau.

Berucap hanya kira-kira 10 minit beliau memberi alasan isi ucapannya telah disampaikan aktivis DAP, Hew Kuan Yau sebelum giliran beliau.

Dua hari lepas 100 penyokong dan anggota PKR membantah keputusan ketua umum parti itu Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertaruhkan Muhammad Bakhtiar bertanding kerusi Parlimen Balik Pulau pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13), 5 Mei ini.

Anwar mengumumkan keputusan itu pada satu ceramah di Sungai Ara 5 April lalu.

Kumpulan itu mengadakan perhimpunan secara aman di Jalan Baru di sini bagi menyatakan sokongan terhadap penyandang Mohd Yusmadi Mohd Yusoff untuk mempertahankan kerusi itu.- BERNAMA

Artikel Berkaitan

Klik

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

Artikel Lain