suria

Perebutan Kerusi Alor Setar Antara PKR, DAP Bukti Kelemahan Pakatan Rakyat - Chor

ALOR SETAR: Perebutan kerusi Parlimen Alor Setar di antara DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) mencerminkan kelemahan membentuk sebuah parti pakatan yang cukup akrab, kata Naib Presiden MCA yang juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Chor Chee Heung.

"Itulah masalah dengan Pakatan, parti komponennya mahu membuat keputusan sendiri malah malah tidak mencerminkan parti pakatan yang cukup akrab.

"Ia menunjukkan jurang perbezaan mereka begitu besar. Sekiranya semua calon Pakatan menang pada pilihan raya umum, ia akan menjadi satu mimpi ngeri apabila mereka berebut untuk menjadi Perdana Menteri," kata Chor yang juga Ahli Parlimen Alor Setar selama lima penggal.

Terdahulu, Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menamakan Ketua Biro Undang-Undang PKR Kedah, Gooi Hsiao Leung sebagai calon untuk kerusi Parlimen Alor Setar.

Sementara itu, DAP turut menyatakan hasrat untuk menurunkan calonnya bertanding di kerusi sama.

Gooi pernah bertanding untuk kerusi tersebut pada pilihan raya umum 2008 tetapi tewas kepada Chor dengan majoriti tipis 184 undi.

Artikel Lain