suria

Penagih Cuba Rasuah Polis Diberkas

KUANTAN: Seorang lelaki ditahan selepas dipercayai terbabit dalam penyalahgunaan dadah dan cuba merasuah anggota polis untuk melepaskan dirinya.

Lelaki berusia 33 tahun yang memandu sebuah kereta itu ditahan dalam satu sekatan jalan raya di Bandar Bentong pada 11.50 pagi semalam dan hasil pemeriksaan polis menemui plastik lutsinar yang mengandungi dadah jenis syabu seberat 2.6 gram dianggar bernilai RM760.

Suspek kemudiannya cuba merasuah anggota polis yang menahannya dengan menghulurkan wang tunai RM400 bagi melepaskan diri," kata Ketua Polis Daerah Bentong Supt Mohamad Mansor Mohd Nor ketika dihubungi di sini, Jumaat.

Koperal polis yang bertugas di Balai Polis Bentong itu bertindak memberkas suspek dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) untuk siasatan lanjut.

Mohamad Mansor berkata kereta suspek turut disita untuk pemeriksaan lanjut sama ada kenderaan berkenaan dicuri atau sebaliknya. "Hasil siasatan awal juga mendapati suspek disahkan positif methamphetamine selepas ujian air kencing dijalankan," katanya. -BERNAMA

Artikel Lain