Operasi Daulat Ditamatkan Beberapa Hari Lagi - Najib - Semasa | mStar

Operasi Daulat Ditamatkan Beberapa Hari Lagi - Najib

LAHAD DATU: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengisytiharkan bahawa Operasi Daulat yang diwujudkan sejak 5 Mac lepas bagi menangani insiden pencerobohan pengganas dari Filipina di pantai timur Sabah akan berakhir beberapa hari lagi.

Katanya operasi kepolisan dan ketenteraan bagi menghapuskan pengganas itu akan diteruskan di bawah Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM).

"Kita dapat bersama di majlis yang begitu bersejarah dan bermakna di Felda Sahabat ini, sebuah kawasan yang menjadi perhatian seluruh negara dalam masa beberapa minggu. Pada mulanya, cadangan saya datang untuk isytiharkan supaya ataupun bahawa Operasi Daulat sudah berakhir.

"Sebaliknya, kalau saya berbuat demikian ia mungkin memberi gambaran yang kurang tepat. Hakikat sebenarnya Operasi Daulat akan berakhir tetapi segala tindakan polis dan ketenteraan yang perlu diambil, yang perlu dilakukan, sehingga setiap orang sama ada pengganas atau pun tali barut mereka dapat dihapuskan sama sekali.

"Tindakan-tindakan selanjutnya akan dilakukan selepas ini di bawah pemerintahan ESSCOM yang mengambil alih semua operasi bersepadu di kawasan Zon Selamat Sabah Timur (ESSZONE)," katanya.

Najib berkata demikian ketika berucap merasmikan majlis Penghargaan Operasi Daulat di Dewan Desa Kencana, Felda Sahabat 16 di sini, Sabtu.

Majlis berkenaan turut dihadiri Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman, Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zain dan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar.

Pada majlis itu, Najib sekali lagi menegaskan bahawa Malaysia akan menggunakan seluruh kekuatan yang ada untuk mempertahankan kemerdekaan dan kedaulatan serta keutuhan wilayahnya berpandukan pelembagaan dan undang-undang negara.

Hakikatnya, kata beliau, negeri Sabah semenjak 16 September 1963 dengan keputusan serta sokongan majoriti besar rakyat negeri itu telah menyatakan bahawa mereka ingin supaya Sabah merdeka dalam Malaysia.

"Maka saya ingin menegaskan sekali lagi bahawa hakikat dan fakta ini akan kekal selama-lamanya. Tiada sesiapapun sama ada pihak luar mahupun dalam negara akan dibenarkan menganggu-gugat hakikat ini," katanya.- BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

Artikel Lain