suria

PRU-13: Ketua Polis Daerah Diingat Tidak Sebelahi Mana-Mana Pihak - Ketua Polis Negara

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar mengingatkan ketua-ketua polis daerah supaya sentiasa meletakkan asas penugasan dengan tidak menyebelahi mana-mana pihak terutama dalam menangani situasi semasa pilihan raya umum ke-13 (PRU13).

Menerusi laman sosial Facebook Polis Diraja Malaysia (PDRM), beliau berkata ini penting ke arah menjaga integriti pasukan.

"Peranan dan tugas polis semasa pilihan raya adalah sama iaitu menjamin keamanan serta keselamatan dan secara langsung menentukan ketenteraman awam sentiasa terkawal," katanya.

Ismail meminta semua peringkat jabatan dan kontinjen memastikan kesiapsagaan perancangan, keperluan logistik dan komunikasi berada di tahap terbaik dalam memastikan PRU13 berjalan lancar.

"Anggota polis yang bertugas juga diminta sentiasa profesional dalam menghadapi sebarang situasi dan cabaran yang bakal dihadapi kelak," katanya.-BERNAMA

Artikel Lain