suria

Musa Aman Serah Watikah Pelantikan Tujuh Pegawai Utama ESSCOM

Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman (empat, kiri) bergambar bersama dengan Pegawai-pegawai Kawasan Keselamatan Khas Timur Sabah (ESSCOM) selepas Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Kepada Pegawai-pegawai ESSCOM di Wisma Innoprice dekat Kota Kinabalu pada Jumaat.

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman pada menyampaikan watikah pelantikan kepada tujuh pegawai utama Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) yang berkuat kuasa pada Jumaat.

Mereka ialah Ketua Pengarah ESSCOM Datuk Mohammad Mentek, Pengarah Bahagian Keselamatan dan Ketenteraman Awam DCP Datuk Abdul Rashid Harun daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pengarah Bahagian Perisikan 1 DCP Datuk Ahmad Nadzer Nordin (PDRM) dan Pengarah Bahagian Pertahanan Mej Jen Datuk Abdul Halim Jalal daripada Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Turut menerima watikah ialah Pengarah Bahagian Perisikan II Mej Jen Datuk Mohd Noor Osman (ATM), Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan dan Awam Mohamed Zahari Razali (Pegawai Tadbir Diplomatik) dan Pengarah Bahagian Pertahanan Laksamana Pertama Maritim M. Karunanithi daripada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

Dalam ucapan alu-aluannya pada satu majlis ringkas di Wisma Innoprise di sini, Musa yang juga pengerusi ESSCOM, berkata Jabatan Perkhidmatan Awam telah meluluskan keseluruhan 48 perjawatan di ESSCOM yang akan diisi dalam masa terdekat.

"Saya percaya dengan pewujudan ESSCOM sudah tentu ia akan memberikan keyakinan kepada penduduk, khususnya yang tinggal di kawasan pantai timur Sabah, bahawa keselamatan mereka terjamin," katanya.

Beliau yakin pegawai-pegawai yang dilantik mengisi perjawatan di ESSCOM mampu memberi pengisian kepada tiga komponen utama yang perlu di kawasan Zon Selamat Sabah Timur iaitu pembangunan, keselamatan dan gerak saraf.

Katanya ketiga-tiga komponen itu penting bagi meningkatkan semula keyakinan rakyat terhadap keselamatan selain mempelbagaikan kegiatan sosioekonomi mereka.

Beliau berharap khidmat dan kerjasama pegawai utama yang menerajui ESSCOM dapat merancang pelbagai program sosioekonomi dan keselamatan yang bukan sahaja menjadikan pantai timur Sabah selamat daripada anasir luar tetapi juga satu pertumbuhan baharu ekonomi di kawasan terlibat.

"Di sinilah peranan tuan-tuan di ESSCOM nanti sebagai 'think-tank' kerajaan untuk mengesyorkan bagaimana semua perkara tersebut dapat dilakukan," katanya.

Pembentukan ESSCOM diumum Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 7 Mac lepas merangkumi daerah Kudat, Tawau, Kunak, Sandakan dan Lahad Datu untuk menjaga kedaulatan dan keselamatan kawasan pantai timur Sabah. BERNAMA

Artikel Lain