Kes Pengganas: Filipina Hantar Peguam - Semasa | mStar

Kes Pengganas: Filipina Hantar Peguam

TAWAU: Kerajaan Filipina akan melantik peguam dari negara ini untuk mewakili 19 rakyatnya bagi menghadapi perbicaraan atas pelbagai pertuduhan berhubung pencerobohan di Lahad Datu.

Peguam James Y P Tsai yang mewakili kedutaan negara itu memberitahu pemberita bahawa beliau akan mengemukakan permohonan ad-hoc untuk melantik peguam Datuk N. Sivananthan mewakili kesemua tertuduh.

Pada prosiding pada Jumaat, Tsai hanya bertindak sebagai pemerhati untuk kerajaan Filipina dan dua peguam telah dilantik oleh Persatuan Undang-undang Sabah iaitu Y S Lo Yun Sin dan Syahrulnizam Salleh sebagai pemerhati kepada semua tertuduh.

Bagi kes dua tertuduh, Atik Hussin Abu Bakar dan Basad Manuel yang menghadapi tuduhan melancarkan perang dan menjadi anggota pengganas, disebut di hadapan Hakim P. Ravinthran hari ini, masing-masing diwakili peguam Abdul Ghani Zelika dan Ram Singh.

Kedua-dua peguam berkenaan dilantik oleh mahkamah setelah kes itu dipindah ke Mahkamah Tinggi pada 21 Mac lalu kerana tuduhan berkenaan membawa hukuman mati atau penjara seumur hidup.

Tertuduh lain tidak diwakili peguam dan kesemua tertuduh masih belum membuat pengakuan terhadap pertuduhan masing-masing.

Sementara itu, Al Wazir Osman @ Abdul yang turut menghadapi pertuduhan melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong dan menjadi anggota pengganas memberitahu mahkamah bahawa beliau ingin mewakili dirinya sendiri.

Dia memberitahu perkara berkenaan dalam bahasa Suluk dan diterjemahkan oleh jurubahasa mahkamah selepas pertuduhan dibacakan.

Hakim Ravinthran bagaimanapun menasihatkan tertuduh supaya tidak bertindak demikian kerana ia melibatkan hukuman mati.

"Mahkamah tetap akan melantik peguam untuk tertuduh walaupun dia masih enggan. Pada peringkat ini mahkamah tidak akan menimbang permintaan tertuduh. Tertuduh boleh membela diri jika diperintah berbuat demikian di akhir pendakwaan nanti," katanya.

Kesemua peguam terlibat dalam kes ini turut memberitahu mahkamah bahawa mereka masih belum menemu bual tertuduh sejak dilantik dan disebabkan itu Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail memohon mahkamah menetapkan tarikh pengurusan kes bagi membolehkan peguam berbuat demikian.

Mahkamah menetapkan 14 Mei untuk menyambung prosiding. - BERNAMA

Artikel Berkaitan

default image

BN Mampu Pertahan Parlimen Arau

Klik

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

Artikel Lain