suria

Husam Dilihat Ambil Jalan Selamat Bertanding di Kerusi Dun & Parlimen

Datuk Husam Musa
 Datuk Husam Musa
Datuk Husam Musa

PUTRAJAYA: Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa dilihat mengambil jalan selamat dengan bertanding di dua kerusi iaitu Dewan Undangan Negeri (DUN) Salor di Kelantan dan Parlimen Putrajaya pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13).

Penyandang DUN Salor itu yakin akan mengekalkan kerusi DUN itu namun mengakui kurang yakin di kawasan Parlimen Putrajaya yang menurutnya merupakan kubu kuat Barisan Nasional (BN). "Tak apa, kami akan cuba," katanya kepada pemberita di sini Jumaat.

Kawasan Parlimen Putrajaya seluas 4,931 hektar itu dimenangi Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor sejak 2004 selepas kawasan itu diwartakan dalam wilayah persekutuan pada 2001.

Pada pilihan raya umum 2008, Tengku Adnan menang dengan majoriti 2,734 undi, mengalahkan Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan Mohamad Noor Mohamad.

Mengenai penyebaran video seks yang didakwa melibatkan pemimpin kanan PAS, Husam berkata perkara itu diserahkan kepada polis untuk disiasat. -BERNAMA

Artikel Lain