suria

Hee Tidak Pertahan Kerusi DUN Jelapang

Hee Yit Foong
Hee Yit Foong
Hee Yit Foong

IPOH: Datuk Hee Yit Foong mengesahkan pada Jumaat bahawa beliau tidak akan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jelapang pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Tanpa memberikan sebarang sebab, Hee berkata beliau bagaimanapun akan tetap menyokong Barisan Nasional (BN).

"Saya akan membantu berkempen untuk calon BN," katanya.

Hee berkata, beliau berharap kepimpinan BN akan mempertaruhkan calon tempatan yang dilahir dan membesar di sana.

"Masyarakat di kawasan itu menyuarakan hasrat untuk memiliki pemimpin yang berasal dari Jelapang.

"Saya enggan mencampuri urusan pencalonan tetapi berharap pucuk pimpinan parti akan mendengar suara rakyat," kata Hee yang akan berkhidmat kepada rakyat di kawasan itu.

Artikel Lain