suria

BN Akan Pasti Masyarakat Siam Terus Nikmati Pelbagai Keistimewaan Seperti Bumiputera - PM

KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) akan memastikan masyarakat Siam terus menikmati pelbagai keistimewaan sama seperti yang dinikmati Bumiputera lain jika BN terus diberi mandat pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13), kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri dalam mesejnya kepada masyarakat Siam sempena sambutan Hari Songkran iaitu Tahun Baharu esok, berharap masyarakat Siam di negara ini akan menambahkan lagi keazaman, tekad dan kesungguhan untuk terus berusaha dan bekerja dengan lebih gigih dan tekun demi kesejahteraan dan kemakmuran diri, keluarga, masyarakat serta negara.

"Dalam kegembiraan menyambut kedatangan tahun baharu ini, saya berharap anggota masyarakat Bumiputera Siam tidak lupa menunaikan tanggungjawab untuk keluar mengundi apabila tiba masanya," katanya dalam blognya www.1malaysia.com.my.

Najib berharap masyarakat Siam dapat membuat pertimbangan yang bijaksana ketika menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi supaya dapat mewarisi negara yang aman, stabil dan berdaulat. -BERNAMA

Artikel Lain