suria

PAS Pulau Pinang Umum Tanding Enam Kerusi DUN, Dua Kerusi Parlimen

KEPALA BATAS: PAS Pulau Pinang pada Rabu mengumumkan akan bertanding di dua kerusi parlimen dan enam kerusi dewan undangan negeri (DUN) termasuk Sungai Acheh yang turut ditandingi Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Pesuruhjaya PAS negeri Datuk Mohd Salleh Man ketika mengumumkan calon parti itu di sini malam Rabu, berkata PAS tetap meletak calonnya Ketua Dewan Pemuda PAS negeri Yusni Md Piah di DUN Sungai Acheh kerana yakin dapat menarik sokongan pengundi yang majoritinya Melayu.

Pada Selasa, Pengerusi PKR Pulau Pinang Datuk Mansor Othman mengumumkan Badrul Hisham Shaharin yang lebih dikenali sebagai Chegubard sebagai calon PKR di DU Nitu pada pilihan raya umum kali ini. Sementara itu, Mohd Salleh berkata beliau akan mempertahankan kerusi DU NPermatang Pasir.

Empat lagi kerusi DUN iaitu Penaga akan ditandingi Roshidi Hussin, Permatang Berangan (Arshad Mohamad Salleh), Sungai Dua (Zahadi Mohamad) dan Bayan Lepas (Asnah Hashim).

Dua kerusi parlimen iaitu Kepala Batas dan Tasek Gelugor masing-masing akan ditandingi Asnan Hamimi Taib Azamuddin dan bekas tokoh korporat Datuk Seri Abdul Rahman Maidin. BERNAMA

Artikel Lain