Dakwaan Barang Kemas Arwah Ibu Hilang Dalam Simpanan Polis - Semasa | mStar

Dakwaan Barang Kemas Arwah Ibu Hilang Dalam Simpanan Polis

KUANTAN: Seorang wanita hari ini membuat laporan polis selepas mendapati barangan kemas bernilai lebih RM50,000 milik keluarganya yang dijadikan bahan bukti dalam kes pembunuhan ibunya pada 1999 hilang dalam simpanan polis.

Tuan Rozita Tuan Kechil, 46, berkata barangan kemas itu berupa seutas rantai leher bermutiara, sepasang subang, seutas loket, seutas rantai tangan dan seutas rantai leher yang didakwanya hilang selepas disimpan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan.

Tuan Rozita telah membuat aduan kepada Biro Pengaduan Awam pada 15 Sept tahun lalu serta menghubungi Pegawai Penyiasat kes berkenaan, namun tidak mendapat sebarang maklum balas sehingga kini.

"Saya dimaklumkan pegawai terbabit telah berpindah ke tempat lain, saya gagal menghubunginya lagi. Saya hanya mahu mendapatkan semula barangan kemas milik arwah ibu saya yang dimaklumkan kepada saya yang telah hilang," katanya dengan ditemani peguamnya Mohd Fadzli Mohd Ramly ketika membuat laporan di Balai Polis Kuantan hari ini.

"Kes sebegini tidak sepatutnya berlaku kerana itu merupakan barangan kes dalam simpanan polis dan tidak sepatutnya hilang apabila dituntut semula," katanya.

Mohd Fadzli pula berkata kehilangan harta pusaka milik keluarga mangsa menimbulkan persoalan sama ada peti besi yang menyimpan barang kemas itu diceroboh atau sebaliknya namun berharap polis dapat menjalankan siasatan semula dengan teliti dan telus.

"Kami berharap kes ini dapat diselasaikan dengan segera dan jika tiada apa-apa maklum balas diterima, kami tidak menolak kemungkinan akan memfailkan tuntutan sivil di mahkamah bagi memastikan keluarga mangsa mendapatkan semula hak mereka,” katanya.

Ibu Tuan Rozita, Nik Khazanah Wan Yaakob, 50, seorang peniaga barang kemas ditemui rentung dalam van miliknya selepas dibakar tiga penagih di Kampung Kempadang di sini pada 4 Jun 1999.

Kesemua mereka kemudiannya dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi Kuantan pada 2001.-BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

DAP Kedah Beri Kata Dua Kepada PKR

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

Artikel Lain

Bapa Wan Azizah meninggal dunia