suria

Gobalakrishnan Mahu Jadi Calon BN Pertahan Kerusi Parlimen Padang Serai

N.Gobalakrishnan
N.Gobalakrishnan
N.Gobalakrishnan

KULIM:Presiden Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Malaysia (Perkemas) N.Gobalakrishnan memohon jasa baik Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Najib Tun Razak membenarkan beliau menjadi calon B Nbagi mempertahankan kerusi kawasan itu pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13).

Beliau memenangi kerusi Parlimen Padang Serai atas tiket PKR pada pilihan raya umum 2008 dan mengumumkan keluar parti itu dan menjadi Anggota Parlimen bebas awal tahun lepas.

Gobalakrishnan berkata beliau berharap permohonan itu dapat dipertimbangkan berdasarkan kerja keras beliau bertungkus lumus sejak lebih tiga tahun lalu berkhidmat kepada masyarakat pelbagai kaum di kawasan tersebut.

"Selepas saya keluar daripada PKR, berbagai program diatur untuk kemudahan penduduk sekitar Lunas dan Paya Besar dan telah ramai pengundi-pengundi yang satu ketika dulu condong kepada pembangkang kini menyokong kerajaan BN," katanya kepada pemberita di Paya Besar di sini Selasa.

Hadir sama pada majlis tersebut adalah Penasihat Undang-Undang Perkemas Saiful Ambar Abdullah Ambar dan Presiden Pertubuhan Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI) Kedah Khairul Anuar Ramli.

Katanya jika hasratnya tidak menjadi kenyataan, beliau berharap isterinya M.Vasanthi, 53, akan menjadi calon alternatif.

Beliau yakin Naib Presiden PKR R. Surendran yang diumumkan sebagai calon PKR bagi kerusi Parlimen itu oleh Ketua Umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim, akan hilang wang pertaruhannya kerana kemunculan Surendran membawa isu-isu lapuk mengenai masyarakat India tempatan sejak sebulan dua lalu memualkan masyarakat di sini. -BERNAMA

Artikel Lain