suria

Pelanggaran Bot: Mayat Warga Singapura Ditemui

ROMPIN: Warga Singapura yang dilapor hilang dalam kejadian pelanggaran bot di perairan Pahang berhampiran Pulau Dayak pada Ahad lepas, ditemui mati terapung berhampiran pulau itu tengah hari Selasa.

Mayat Chen Wan Seng, 47, yang dilapor terjatuh ke laut selepas pelanggaran itu, ditemui pukul 12.15 tengah hari tadi, kira-kira empat batu nautika dari tempat dia dilaporkan terjatuh.

Ketua Polis Daerah Rompin, DSP Johari Jahaya memberitahu pemberita di sini mayat Chen dihantar ke Hospital Mersing untuk bedah siasat.

Dalam kejadian 4.30 petang kelmarin, dua warganegara Singapura maut, manakala lima lagi cedera serta seorang dilapor hilang selepas bot pemancing yang dinaiki mereka berlanggar dengan sebuah bot pukat tunda di 30 batu nautika dari Jeti Tanjung Gemok berhampiran pulau itu. -BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain