suria

Pasukan Khas Tangani Sindiket Curi Kenderaan di Sarawak

KUCHING: Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak telah menubuhukan satu pasukan khas untuk menjalankan risikan dan menumpas kumpulan sindiket mencuri kenderaan, di seluruh daerah dalam kontinjen polis negeri, kata Ketuanya Datuk Pahlawan Zulkifli Hassan.

Beliau berkata jabatan berkenaan yang sentiasa mempertingkatkan usaha dan langkah menangani jenayah berjaya menahan 28 orang yang terlibat dalam kesalahan mencuri kereta serta 47 orang bagi kesalahan mencuri kenderaan van dan pancuan empat roda dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini.

"Mengikut perangkaan polis Sarawak, secara keseluruhannya kadar jenayah indeks bagi kesalahan curi kereta yang dilaporkan antara 1 Januari hingga 31 Mac tahun ini mencatakan sebanyak 145 kes berbanding 109 kes bagi tempoh sama tahun sebelumnya, iaitu peringkatan 36 kes atau 24.8 peratus," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Bagi Ibupejabat Daerah Kuching, katanya perangkaan jenayah indeks bagi mencuri kereta mencatat peningkatan 84 kes manakala bagi kesalahan mencuri van, lori dan pacuan empat roda menurun sebanyak 21 kes.

Beliau berkata pihak polis juga telah menemui kenderaan yang dicuri, termasuk 37 buah kereta dan 27 buah kenderaan van dan pancuan empat roda. -BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain