suria

Lapan Tinggal Sehelai Sepinggang Dalam Kebakaran di Setapak

KUALA LUMPUR: Lapan orang tinggal sehelai sepinggang selepas dua kediaman mereka musnah dalam kebakaran di Jalan Air Jernih, Setapak di sini, Selasa. Kebakaran memusnahkan sebuah rumah papan milik seorang wanita warga emas dan sebuah lagi rumah papan yang didiami tujuh penyewa yang turut dijadikan bengkel kenderaan.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Khirudin Drahman ketika dihubungi Bernama berkata kesemua mangsa sedang tidur ketika kejadian dan hanya sedar selepas dikejutkan jiran-jiran.

Api dipercayai marak dari bahagian dapur kediaman warga emas tersebut.

Khirudin berkata enam jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Setapak, Wangsa Maju, Gombak Selatan, Keramat dan Hang Tuah dengan 44 anggota dihantar ke lokasi kejadian.

Punca sebenar dan anggaran kerugian masih disiasat, katanya. -BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain